Jika ‘Semua in order, ada permit’ dan ‘SOP dipatuhi’…



Jika ‘Semua in order, ada permit’ dan ‘SOP dipatuhi’…

...insiden Putra Heights mungkin tak akan berlaku
April 8, 2025

KUALA LUMPUR: Keraguan yang wujud daripada reaksi individu-individu penting dan bertanggungjawab berkaitan tragedi letupan dan kebakaran paip gas di Putra Height baru-baru ini menuntut Jawatankuasa Bebas Siasatan agar segera ditubuhkan.

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff mengulas reaksi dan jawapan balas individu-individu penting berkenaan apabila mereka diajukan pertanyaan yang berkaitan.

“Bila aku dengar Datuk Bandar Subang Jaya jawab soalan wartawan pasal aduan penduduk Putra Heights melalui sistem SiSPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) sehari sebelum insiden, seriously aku terkejut.

“Ada pulak dia boleh jawab “semuanya in order, ada permit” dan “SOP dipatuhi, permit MBSJ berikan untuk korekan di reserve jalan MBSJ merintangi ROW (rizab laluan)”,” ujar Nurul merujuk pertikaian dimaksudkannya.

Beliau mempersoalkan sekiranya Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ketika menerima aduan tersebut ada membuat semakan mengenai status kontraktor tersebut dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) jika ‘semua itu berada dalam peraturan’.

“MBSJ perasan tak syarikat tu dalam tindakan tatatertib? Satu lagi MBSJ perasan tak permit korekan oleh KUSEL (Koridor Utiliti Selangor) dan MBSJ dah tamat pada 8 Januari 2025? Kontraktor ada mohon sambungan tak?

“Kalau ada masa tu MBSJ ada semak tak status CIDB kontraktor yang dalam tindakan tatatertib? Kalaulah ketika terima laporan SiSPAA, korang buat semakan betul-betul dan arahkan ‘stopwork’ pada kontraktor, mungkin insiden ni tak akan berlaku,” hujahnya.

Nurul Islam turut mempertikaikan kenyataan Menteri Besar Selangor yang menyebut bahawa ‘Audit telah masuk KUSEL dan MBSJ’ kerana dilihat ada percanggahan maksud dengan jawapan ‘semua in order, ada permit’ oleh Datuk Bandar Subang Jaya itu.

“Korang tak rasa kelakar ker? Orang yang ada kaitan dengan agensi yang patut disiasat boleh kata “semuanya in order, ada permit”. Inilah yang dinamakan ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan),” bidasnya lagi.

Beliau sehubungan itu mendesak agar Menteri Besar Selangor dan Datuk Bandar Subang Jaya berundur dari jawatankuasa siasatan insiden Putra Height kerana terdapat konflik kepentingan yang jelas.

“Lantik jawatankuasa bebas dari mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan dan tiada kepentingan dalam Kerajaan Negeri Selangor. PN (Perikatan Nasional) boleh cadangkan YB Ir Ts Haji Khairil Nizam Khirudin – Ahli Parlimen Jerantut, pakar bidang minyak dan gas untuk menjadi sebahagian dari jawatankuasa ni.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) segera buat serbuan pejabat KUSEL, MBSJ, kontraktor dan sub-kontraktor supaya segala bukti tidak dihapuskan,” gesanya.

Nurul Islam turut mendesak supaya didedahkan nama sub-kontraktor terlibat dengan kerja korekan itu kepada umum dan sekiranya benar KUSEL dan MBSJ telah luluskan permit kepada syarikat bermasalah, Menteri Besar Selangor perlu bertanggungjawab dan letak jawatan segera.

Tegas beliau, Kerajaan Selangor perlu bertanggungjawab bersama kontraktor dan pemaju terbabit untuk baiki kerosakan yang berlaku kepada semua mangsa dan bukannya memangsakan PETRONAS.

“Rakyat sudah semakin hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri Selangor dengan insiden ni, jangan ditambah dengan pengurusan bencana yang sangat lemah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/4/2025

Ulasan