MENJELANG PRK AYER KUNING : LAMBANG KESUNGGUHAN PAN UNTUK MENANGKAN CALON UMNO
Posting ini bukan disiarkan di FB orang PAN tapi di FB rasmi PAN.
Begitu bersungguh mereka nak BUKTIKAN bahawa mereka bersungguh-sungguh untuk pastikan calon UMNO menang; yang satu masa dahulu mereka teruk kecam TGHH dan PAS yang menyebabkan mereka keluar PAS.
"Ya, UMNO nazak tak apa, dia parti dah lama; ada parti Islam pulak pergi tumpang. Ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz, kekuatan UMNO terletak pada 2 tongkatnya; MCA dan MIC. Kekuatan itu dipatahkan oleh Pakatan Rakyat 2008 dan 2013. Dalam keadaan lemas itulah, PAS pergi meletakkan bahunya untuk menyelamatkan UMNO " - kata-kata keramat Presiden PAN (2022)
Bila teringat wajah-wajah pimpinan PAN yang pernah bercakap pada saya satu masa dahulu tentang isu ini, rasa simpati pun ada pada mereka sebab akhirnya mereka terpaksa TELAN BALIK apa yang mereka kata sebelum ini.
Bukan setakat telan balik, malah BERSINGGUH-SUNGGUH nak menangkan parti yang menyebabkan mereka keluar PAS.
Pening....
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan