
PROF TAJUDDIN, SILA BERAMBUS - VETERAN UMNO
1. SILA BERAMBUS! Sudah tentu kita faham bahawa bila perkataan BERAMBUS digunakan, bermakna ia sudah sampai ke tahap kesabaran yang paling tinggi.
2. Kelab Veteran Umno mencabar ahli akademik Tajuddin Rasdi melepaskan kerakyatan dan berpindah ke negara lain selepas menyuarakan rasa malu terhadap reaksi orang ramai berhubung kesilapan akhbar Sin Chew Daily menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang.
3. Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub menggambarkan bahawa Prof Tajuddin tidak patriotik, bertentangan dengan sentimen awam yang mengecam Sin Chew, serta bercanggah dengan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong terhadap akhbar berbahasa Cina tersebut.
4. Prof Tajuddin sangat sinonim dengan DAP, mula menyertai DAP pada tahun 2012 dan seringkali bertindak mempertahankan kepimpinan dan perjuangan DAP.
5. Elok jugalah Prof Tajuddin menyahut seruan Veteran UMNO ini jika tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia sensitif terhadap isu ini.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan