Sabirin lawat pusat operasi Khidmat Malaysia



Sabirin lawat pusat operasi Khidmat Malaysia
April 3, 2025

Sabirin Marsono, ketika melawat Pusat Pengurusan Bencana Khidmat Malaysia.

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor, Sabirin Marsono, turut turun padang meninjau Pusat Pengurusan Bencana Khidmat Malaysia di PASTI Salman Al-Farisi di Kampung Tengah, Puchong dekat sini.

Beliau yang juga Pengarah Khidmat Malaysia Selangor mendengar takllimat mengenai operasi pusat itu dan memberi semangat kepada petugas Khidmat Malaysia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Mengikut laman Facebook PAS Selangor, Sabirin turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa bencana Putra Heights di Masjid Putra Heights.

Di situ, beliau menemui mangsa yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka yang tidak lagi selamat serta mendengar kisah bencana itu secara langsung daripada mereka.

Pada kesempatan itu, beliau mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada semua mangsa yang terjejas, memudahkan segala urusan mereka serta menggantikan kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik.

Sementara itu, Khidmat Malaysia telah menggerakkan petugas sejak awal kejadian dan kini sedang dalam proses mengumpul data mangsa serta menilai keperluan pasca bencana.

Khidmat Malaysia terus komited dalam membantu mangsa bencana dengan menggerakkan tenaga kerja dan sumber yang diperlukan. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan terus ke Pertubuhan Prihatin Warga Puchong (Puchong Care) melalui akaun Maybank 5627 7725 8108. – HARAKAHDAILY 3/4/2025

Ulasan