HUBUNGAN BN-PH JOHOR SEMAKIN MERUNCING; TERPAKSA GUNA MEDIA UNTUK SAMPAIKAN HASRAT HATI
1. Seminggu yang lalu, saya ada menulis untuk memberi respon terhadap kenyataan sahabat lama saya, Dr Zuhan Zain berkaitan kesediaan PH Johor untuk bertanding solo dalam PRN Johor yang akan datang.
2. Semalam saya ada memuat naik dalam blog saya, berita berkaitan kenyataan Ketua Pengimbang di Johor bahawa PH Johor tiada hasrat untuk menjatuhkan kerajaan BN ketika ini.
3. Namun agak mengejutkan apabila Haji Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pengerusi PAN negeri Johor mendesak UMNO/BN Johor supaya menyatakan pendirian sama ada akan berlaku pertandingan dua penjuru ataupun tiga pendljuru dalam PRN Johor nanti.
4. Seperti yang kita maklum, PH di Johor masih berada di blok Pengimbang/Pembangkang sedangkan di peringkat Kerajaan Pusat, mereka adalah kerajaan bersama di atas nama Kerajaan Perpaduan.
5. Kenyataan Ketua Pengimbang, YB Andrew Chen Kah Eng, ADUN DAP nampak agak lebih lunak namun saya tidak pasti apakah sebenarnya pendirian PH Johor sendiri terhadap hubungan dua hala BN-PH di Johor.
6. Seperti mana yang telah saya katakan sebelum ini, saya masih menganggap ianya hanyalah 'acah-acah' sahaja, akhirnya nanti PH akan terpaksa 'menelan kepahitan' di atas hubungan mereka di Johor.
7. Apa yang rakyat Johor dapat lihat ketika ini; hubungan BN-PH semakin meruncing di Johor sehingga masalah mereka terpaksa dibincangkan di dalam media secara terbuka.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan