JADILAH "THE PLAN-A THINKER"
1. Dalam buku The Diary of a CEO: The 33 Laws of Business and Life, Steven Bartlett memperkenalkan konsep "Plan-A Thinking" yang menekankan pentingnya komitmen sepenuhnya terhadap matlamat utama tanpa bergantung kepada pelan sokongan atau "Plan B".
2. Ia sememangnya sangat berbeza dengan apa yang sering kita tahu dan ditanamkan dalam minda kita sebelum ini bahawa kita perlu ada pelan B, pelan C dan seterusnya sebagai persiapan sekiranya pelan kita menemui kegagalan.
3. Apa Itu "Plan-A Thinking"? Bartlett anggap bahawa jika kita ada pelan sokongan, ia boleh mengurangkan motivasi dan fokus terhadap matlamat utama. Beliau menyatakan bahawa jumlah diri kita yang dapat kita dedikasikan kepada suatu hasil, fikiran, tenaga dan fokus, berkorelasi positif dengan kemungkinan hasil tersebut, sesuatu yang beliau sebut sebagai "Plan-A Thinking" .
4. Bagi Bartlett, memiliki pelan sokongan boleh mengurangkan motivasi dan fokus terhadap matlamat utama. Beliau menyatakan bahawa jumlah diri kita yang dapat kita dedikasikan kepada suatu hasil, fikiran, tenaga dan fokus, berkorelasi positif dengan kemungkinan hasil tersebut, sesuatu yang beliau sebut sebagai "Plan-A Thinking" .
5. Idea ini Barlett dapat melalui kisah Nando Parrado iaitu salah seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam tragedi pesawat Andes. Pada 13 Oktober 1972, sebuah pesawat tentera udara Uruguay yang membawa 45 orang termasuk pasukan ragbi Old Christians Club terhempas di Banjaran Andes ketika dalam perjalanan ke Chile. Cuaca buruk dan kesilapan navigasi menyebabkan pesawat terhempas di kawasan gunung bersalji pada ketinggian 3,600 meter. Kisah ini sangat menarik untuk dibaca.
6. Kebaikan keadaan ini;
i. Ia menyebabkan kita mesti memberi komitmen sepenuhnya kepada matlamat utama tanpa gangguan.
ii. Ia dapat mengelakkan gangguan yang datang dari pelan alternatif.
iii. Ia dapat meningkatkan motivasi dan fokus dengan hanya satu matlamat yang jelas.
7. Apapun, pendekatan ini memerlukan pertimbangan yang teliti, terutamanya dalam situasi yang melibatkan risiko tinggi. Plan-A Thinking" menekankan pentingnya komitmen penuh terhadap matlamat utama tanpa bergantung kepada pelan sokongan. Dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada satu matlamat, individu berpotensi meningkatkan peluang kejayaan mereka .
8. Apa pandangan anda; adakah anda setuju dengan pandangan Barlett ini?
Sila komen.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan