MENANTI DETIK RAFIZI MELETAKKAN JAWATAN MENTERI
1. Saya percaya ramai yang sedang menanti bila Rafizi Ramli mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan Menteri Ekonomi sekiranya dia kalah pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR.
2. Memandangkan Rafizi tidak pun meletakkan tarikh bila dia akan letakkan jawatan, hari ini beliau masih lagi masuk ke pejabat seperti biasa, mungkin untuk menyelesaikan kerja-kerja terakhir atau mungkin kerana nak berikan kata-kata akhir kepada kakitangannya.
3. Mungkin juga Rafizi masih belum pasti nak tuliskan apa dalam suratnya itu. Lim Sian See telah pun menderafkan surat untuk Rafizi meletakkan jawatan jika Rafizi masih belum sempat untuk menulis surat letak jawatan.
4. Apapun, berilah dia masa untuk menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan dahulu.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan