MUTIARA KATA PAK DAENG SANUSI...
Hari ini saya memberi ruang masa yang agak lama kepada Dr Shawn Loh, Naib Ketua DHPP Pusat merangkap Ketua DHPP Negeri Melaka. Beliau adalah orang baharu dalam PAS yang sentiasa berhubung dengan saya untuk beliau rujuk dan minta pandangan.
Saya kongsikan dengannya tadi Mutiara Kata Pak Daeng Sanusi Daeng Mariok, mantan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Johor yang telah disampaikan kepada saya lebih 20 tahun yang lalu. Ia berpunca apabila Pak Daeng ditanya tentang ada di kalangan pimpinan yang kerap membuat kesilapan dan kesalahan dalam melaksanakan tugas.
Kata Pak Daeng;
"Saya menghormati orang yang melakukan banyak kesilapan kerana banyak membuat kerja, daripada tidak membuat apa-apa kesilapan kerana tidak membuat apa-apa kerja"
Kata-kata Pak Daeng ini memberikan motivasi kepada saya sehingga ke hari ini. Apa yang penting; kita teruskan kerja dan usaha dengan sebaiknya. Sekiranya berlaku kesilapan dan kelemahan, kita sama-sama perbaiki.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan