

Berita
Rafizi kembali bertugas mulai hari ini - sumber
Diterbitkan: May 6, 2025 12:46 PMMenteri Ekonomi Rafizi Ramli telah kembali bertugas bermula hari ini, menurut beberapa sumber kepada Malaysiakini.
Namun mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Rafizi akan memberi sebarang penjelasan berhubung cuti yang diambilnya, yang dikaitkan dengan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan cabang PKR baru-baru ini.
Pada 30 April lalu, seorang menteri yang enggan dinamakan berkata Rafizi sedang bercuti, di tengah khabar angin dia akan meletakkan jawatan sebagai menteri.
"Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat kabinet hari ini bahawa Rafizi sedang bercuti beberapa hari. “Tiada peletakan jawatan berlaku, dan khabar angin ini sama sekali tidak benar," katanya.
Di sebalik kritikan beberapa pihak, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan cuti Rafizi sebagai bukan isu besar dan perkara biasa bagi seorang pekerja.
“Beberapa hari sahaja cuti, bagilah... tak ada isu pun. Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti,” kata Anwar.
Ulasan
Catat Ulasan