Sawanah PASTI untuk pasaran PASTI seluruh negara


Sawanah PASTI untuk pasaran PASTI seluruh negara
May 19, 2025

Produk Sawanah PASTI.

ALOR SETAR: PASTI Malaysia telah menjalin kerjasama strategik dengan Sawanah, sebuah syarikat pengeluar minuman coklat, untuk memperkenalkan produk baharu yang dinamakan Sawanah PASTI sebagai strategi kerjasama dalam memanfaatkan jenama Sawanah ke seluruh rangkaiannya sambal memperluas manfaat kepada warga pendidik dan ibu bapa.

Ketua Pemasaran Sawanah, Asraf Salleh, berkata, pihaknya telah bersetuju mengeluarkan Sawanah dengan jenama Sawanah PASTI untuk dipasarkan melalui premis tersebut di seluruh negara.

“PASTI memilih bersama-sama dengan kami sebagai rangkaian kerjasama kerana para pelajar dan warisnya 100% beragama Islam yang pastinya memilih produk makanan atau minuman yang halal toyyiban.

“Malah bukan sekadar itu sahaja tetapi usaha ini juga untuk membantu dari sudut ekonomi guru-guru PASTI menjana pendapatan lebih hasil idea daripada Ketua Lajnah Ekonomi, En. Syamri,” jelasnya ketika ditemui Harakahdaily, di Kompleks PAS Kedah, sempena Himpunan Pendidik Kebangsaan, Sambutan Hari Guru 2025, Sabtu.

“Pihak Sawanah ada tenaga kerja untuk gerakan pemasaran produk. PASTI pula ada guru-guru yang Insya-Allah boleh membantu menaik taraf ekonomi umat Islam dengan mengambil kira kelebihan yang ada pada kedua-dua pihak.,” tambah beliau lagi.

Sawanah PASTI ujarnya buat masa ini dikeluarkan di dalam paket yang beratnya 900 gram dan dijual dengan harga RM21.50 setiap paket kepada pelanggan.

Pihak Sawanah juga jelasnya akan membantu mana-mana guru PASTI yang berminat untuk menjadi agen, dengan menawarkan kursus, bahan pemasaran dan lain-lain berkaitan secara percuma.

Sementara Pengasas Sawanah, Ustaz Muhammad Hirman pula berkata, PASTI bekerjasama dengan Sawanah telah dijalin sejak setahun lalu dan pada tahun ini produk itu dijenamakan Sawanah PASTI untuk pasaran institusi pra-sekolah tersebut.

Selain itu, tujuan pihaknya mengeluarkan produk minuman bercoklat ini sebagai alternatif kepada umat Islam yang gemar minuman bercoklat.Ketua Pemasaran Sawanah, Ashraf Salleh (kiri), pengasas Sawanah, Ustaz Mohamad Hirman (dua dari kanan) menunjukkan produk Sawanah PASTI yang akan dijual di setiap cawangan PASTI seluruh Malaysia.

“Kita sebenarnya mampu untuk keluarkan produk sendiri yang lebih suci dan diyakini halal daripada produk buatan syarikat bukan Islam yang banyak dijual di pasaran,” tambah beliau.

Malah katanya lagi, sejak Sawanah dikeluarkan pada 2015, sambutan amat menggalakan di kalangan orang ramai.

Dalam pada itu, syarikat yang beribu pejabat di Prima Seri Gombak ini, pernah dijemput mempromosikan produknya di radio, selain memasarkannya melalui media atas talian iaitu tiktok, secara ‘live’ bermula jam 7:00 pagi hingga 12:00 malam setiap hari.

“Dengan kekuatan itu kita nak berkongsi dengan PASTI agar turut mendapat manfaatnya dan tersebar luas. Jadi, kami mengharap usaha ini disambut baik oleh guru-guru PASTI & orang ramai,” katanya lagi.

Maklumat lanjut boleh hubungi Cik Rashidah di talian 011-20726361. – HARAKAHDAILY 19/5/2025

Ulasan