APABILA PANDAI MEMBUAT JANJI TAPI SUKAR UNTUK LAKSANA
1. Memang benarlah apa yang dikatakan oleh DSAI, apa yang dihajati dan dicita bukan mudah untuk dilaksana. Semua orang tahu hakikat bukan mudah untuk membuat sesuatu perubahan dalam masa yang singkat.
2. Malangnya, bagi DSAI sebelum diangkat sebagai PM sebelum ini, semuanya mudah sehingga membuatkan ramai yang terpesona. Ketika kerajaan PH sebelum ini tidak berupaya menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak petrol/diesel, alasan yang diberikan adalah kerana waktu itu DSAI bukanlah Perdana Menteri.
3. Janji untuk turunkan harga minyak adalah kalimah keramat yang selalu diungkapkan, "Hari Ini menang, esok minyak turun!" sudah sebati dengan telinga rakyat Malaysia. Duit PETRONAS boleh berikan pendidikan PERCUMA tapi nampaknya PTPTN pun masih kena bayar lagi.
4. Tapi ketika ini apa yang boleh dihidangkan kepada kita adalah alasan-alasan yang diatur dan ditutur untuk mengaburi mata agar janji-janii tidak dapat dilaksanakan ketika ini kerana ada halangan, katanya.
5. Laungan "Lawan Tetap Lawan" pun akhirnya tidak berani lawan, inikan lagi janji yang terus dicapati berkali-kali.
6. Inilah padah apabila pandai membuat janji tapi akhirnya sukar untuk dilaksana
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan