BETULKAH HUTANG NEGARA MENURUN 20 BILLION?



BETULKAH HUTANG NEGARA MENURUN RM 20 BILLION?

1. Hari ini, ramai yang terkejut apabila kenyataan terbaru Perdana Menteri Malaysia (PMX) bahawa hutang negara telah menurun sebanyak RM20 bilion. Ia telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kekeliruan dalam kalangan rakyat. Ramai yang tertanya-tanya: bagaimana hutang menurun sedangkan PMX sendiri pernah menyatakan bahawa hutang negara terus meningkat sehingga telah mencecah melebihi RM1.5 trilion?

2. Sama ada ia adalah salah lapor media atau salah sebut oleh PMX tetapi sebetulnya, penurunan sebenar bukanlah berkaitan jumlah hutang negara secara keseluruhan tetapi merujuk kepada pengurangan jumlah pinjaman baharu tahunan kerajaan.

3. Pinjaman baharu kerajaan telah menurun daripada RM100 bilion pada tahun 2022 kepada RM85 bilion pada tahun 2024 dan dijangka terus menurun kepada RM80 bilion pada tahun 2025. Maka, “penurunan RM20 bilion” yang dimaksudkan sepatutnya adalah perbandingan jumlah pinjaman baharu, bukannya hutang keseluruhan negara.

4. Justeru ia menggambarkan kenyataan PMX boleh mengelirukan sehingga ia difahami oleh masyarakat umum sebagai hutang menurun RM 20 billion sedangkan hutang negara tetap bertambah dari tahun ke tahun.

KFAK

Ulasan