BUKTI POLITIK UGUT : TERIMA KASIH PUAD ZARKASHI

BUKTI POLITIK UGUT : TERIMA KASIH PUAD ZARKASHI

1. Sebenarnya ramai dah tahu, bila sudah tiada jawatan besar, jangan cuba-cuba nak menongkah arus kerana jika berani menongkat arus maka kenalah bersedia untuk berhadapan dengan tekanan.

2. Sebab itu, ada yang mengambil sikap berdiam diri dan membisu walaupun mereka nampak dengan jelas kepincangan dan kesalahan yang berlaku. Mana tidaknya, jika ditegur atau disanggah maka bersiap sedialah untuk berdepan dengan ugutan.

3. Apabila Puad Zakarshi pesan Rafizi Ramli supaya berhati-hati dalam tindakannya dan kes lampau RR boleh dicari, sangatlah jelas kita lihat politik ugutan yang diamalkan oleh UMNO khususnya untuk mendiamkan suara dan membungkamkan jiwa kepada mereka yang berhasrat untuk bersuara.

4. Maknanya, jika mereka ambil sikap berdiam diri maka kes-kes mereka akan selamat disimpan di dalam peti tetapi sebaliknya jika mahu bercakap benar dan telus maka tunggulah akibatnya.

5. "Buat salah tak apa tapi jangan melawan tokey" lebih kurang begitulah maksudnya. Kalau kamu melawan tokey, kamu akan menerima balasannya. Lebih kurang begitulah maksud Puad Zakarshi.

6. Apapun, terima kasih kepada Puad Zakarshi kerana berjaya mengiyakan bahawa politik ugut sememangnya berlaku. Adakah RR akan mengalah dan beralah?

KFAK

Ulasan