KEBEBASAN BERSUARA TERSEKAT, FORMULA KE LAUT
1. Raja Formula, Dato' Seri Rafizi Ramli mendakwa kebebasan suaranya tersekat, maka keputusan untuk meninggalkan Kabinet adalah keputusan yang tepat walaupun realitinya hampir semua orang tahu bahawa RR meninggalkan Kabinet kerana janjinya bahawa dia akan meletakkan jawatan Menteri Ekonomi sekiranya tewas Timbalan Presiden PKR.
2. Bermakna, jika RR masih menang baru-baru ini, beliau akan terus kekal. Bermakna juga, jika dia kekal Menteri maka RR dengan relanya untuk membiarkan suaranya tersekat dek polisi Kabinet yang terpaksa RR akur.
3. Nampaknya apa yang penting bagi RR ketika ini adalah kebebasan suaranya, bukannya hasil kerjanya. Jika hasil kerjanya yang lebih utama, maka sudah tentunya RR akan kekal di Kabinet untuk melunaskan formulanya untuk rakyat Malaysia.
4. Namun disebabkan formulanya 'masih terus berjalan' tetapi belum kelihatan hasil untuk dinikmati oleh negara, maka langkah terbaik telah dibuat oleh RR dengan meninggalkan Kabinet. Selepas ini, Formula Ekonominya tidak dapat lagi dipertikaikan kerana bukan dia lagi menjadi Menteri Ekonomi.
5. Apapun, kita perlu beri RR ruang untuk membetulkan apa yang perlu diperbetulkan. Tentu banyak perkara yang RR akan tegur dan kritik selepas ini, terutamanya PMX dan kunju-kunjunya. Semoga ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan