MAT KAWASAN KLUANG : HAMPIR SEMUA JAWATAN MENANG TANPA BERTANDING
1. Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Kluang berakhir dengan kesemua jawatan utama dikekalkan tanpa sebarang pertandingan. Ia menjadi satu isyarat jelas bahawa perpaduan dan muafakat terus menjadi teras kekuatan jemaah.
2. Satu-satunya perubahan hanyalah pada posisi Timbalan Pengerusi Tetap, apabila penyandangnya memilih untuk berundur atas sebab kesihatan.
3. Yang Dipertua PAS Kluang, Haji Mohd Nor Mohamad, dikekalkan bersama Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Kamil. Jawatan Naib Yang Dipertua pula disandang oleh Haji Anuar Hassan, seorang tokoh berpengalaman yang pernah menerajui Dewan Pemuda kawasan Kluang selaku Ketua Pemuda. Pelantikan beliau disambut baik selepas Ustaz Aliffuddin Ramlee mengambil langkah untuk tidak mempertahankan jawatan.
4. Semoga PAS kawasan Kluang akan terus bergerak dengan lebih tersusun bersistematik untuk mara kehadapan bagi mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan