TERBUKTI PAKATAN HARAPAN KETANDUSAN MP YANG LAYAK UNTUK MENTERI EKONOMI
1. Pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Ekonomi yang baharu jelas menunjukkan satu perkara penting, tiada seorang pun Ahli Parlimen dari blok Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan (PH) yang benar-benar diyakini mampu menggalas jawatan penting ini.
2. Jika Rafizi Ramli, yang selama ini diangkat sebagai “Pakar Formula" PH dan menjadi harapan besar PMX sendiri pun gagal mencipta impak positif yang meyakinkan, maka bagaimana pula dengan nama-nama lain dalam kalangan Ahli Parlimen PH? Lagipun, rakyat pun sukar untuk percaya jika pelantikan hanya berdasarkan politik kepartian dan bukan kemampuan dan kelayakan sebenar.
3. Apa yang pasti, pelantikan Amir Hamzah, seorang teknokrat dan bukan ahli politik, adalah satu pengakuan diam-diam daripada PMX bahawa tidak ada seorang pun MP dalam Kerajaan Perpaduan khususnya dari PH yang cukup diyakini untuk mengemudi kementerian sepenting ini. Malah, ia satu tamparan buat mereka yang selama ini gah bercakap soal reformasi ekonomi di pentas-pentas ceramah, tetapi akhirnya hanya mampu menonton dari luar gelanggang.
4. Apapun, teringat saya kepada satu kenyataan MP Hulu Langat, apa syarat nak jadi menteri. MP Hulu Langat kata bahawa "syarat nak jadi menteri ni perdana menteri, suka. Walaupun ada PHD (Doktor Falsafah) sampai 10 ke, ada profesor ke, ada kiyai ke, ada ustaz ke, haji-haji ke, yang penting PM suka".
5. Maka, jika diambil kira kata-kata sahabat lama saya ini, nampaknya tiadalah MP yang PMX 'suka' untuk mengisi kekosongan Menteri Ekonomi. Bukan sahaja tidak 'suka' malah tidak berada dalam radar yang sesuai untuk jawatan penting ini.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan