TRUMP/AMERIKA SERANG IRAN AWAL PAGI TADI - DUNIA SEMAKIN RISAU
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Pagi ni, kita semua dikejutkan dengan berita yang agak panas apabila Amerika Syarikat lancar serangan udara ke atas Iran iaitu ke atas tiga tapak nuklear utama mereka: Fordow, Natanz dan Isfahan. Dilaporkan bahawa ini bukannya serangan biasa-biasa kerana jenis bom yang digunakan adalah pemusnah bawah tanah dan peluru berpandu dari kapal selam!
Trump dengan bangga umumkan bahawa serangan itu “sangat berjaya”, kerana katanya Iran kena hentam teruk. Tapi Iran pula membalas dengan menyebut bahawa “tak ada apa-apa besar berlaku” dan terus balas serang ke arah Israel guna peluru berpandu. Keadaan nampaknya semakin tegang sekarang ini.
Umumnya kita nampak bahawa;
1. Amerika mula menunjukkan kuasa dengan satu mesej jelas bahawa mereka boleh hentikan Iran pada bila-bila masa sahaja.
2. Iran tentunya tak akan duduk diam, mereka dah mula bertindak balas dan kemungkinan besar lebih banyak serangan balas akan berlaku dalam masa terdekat ini.
3. Negara-negara lain mula gelisah; PBB, Turki, Jepun dan negara-negara lain dah mula bersuara, minta semua pihak bertenang. Tapi dalam masa yang sama, Israel dan negara pro-Amerika sokong tindakan ni.
Sudah tentu dunia semakin risau kerana;
- Jika berterusan maka perang besar akan berlaku dan telah ada ramalan ia membawa kepada Perang Dunia Ketiga (WW3). Kalau perang betul-betul meletus, harga minyak naik mencanak.
- Ekonomi global pun akan terjejas termasuklah negara kita Malaysia.
- Tentunya juga, nyawa manusia akan menjadi pertaruhan. Kehilangan jiwa akan berlaku dan jumlahnya pasti mengerikan kita.
Kesimpulannya?
Amerika memang menanti peluang untuk menggunakan kekerasan terhadap Iran dan serangan balas Iran terhadap kekejaman Israel dijadikan alasan Trump mengarahkan serangan terhadap Iran.
Pokoknya, Israhel adalah punca segala-galanya. Ini yang Trump membutakan mata dan memekak kan telinga.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan