MENJELANG HIMPUNAN TURUNKAN ANWAR IBRAHIM 26 JULAI: KEBANGKITAN RAKYAT MELAWAN KEGAGALAN DAN KEMUNAFIKAN REFORMASI
MENJELANG HIMPUNAN TURUNKAN ANWAR IBRAHIM 26 JULAI: KEBANGKITAN RAKYAT MELAWAN KEGAGALAN DAN KEMUNAFIKAN REFORMASI
1. Baru-baru ini, ada yang kata rakyat masih sayang dengan pemerintah sedia ada. Kononnya masih yakin dengan Perdana Menteri yang petah berpidato dan mahir bergambar dan berswafoto. Tapi cuba tanya di pasar malam, di warung kopi, di kolej hatta di pejabat kerajaan sekalipun, ramai yang sudah tidak mampu sembunyikan rasa muak, kecewa dan marah.
3. Daripada Himpunan Rakyat Benci Rasuah ke medan mahasiswa di Sabah yang berani mengangkat plakad menyindir kerakusan kuasa, kini kita menuju pula ke Himpunan Turunkan Anwar Ibrahim pada 26 Julai. Satu tarikh yang mungkin bakal masuk dalam buku sejarah jika tidak pada kertas, mungkin di hati rakyat yang kecewa.
4. Kerajaan Madani yang diangkat dengan penuh harapan oleh sebahagian rakyat, kini membalasnya dengan pelantikan kroni ke GLC dengan kenaikan cukai perkhidmatan, dan dengan sandiwara reformasi yang makin lusuh. Apa yang ditunggu bukan KPI sebenar, tapi kata-kata puitis dan selfie pemimpin dengan artis dan orang kaya.
5. Mahasiswa pula sudah tidak boleh diperbodoh lagi. Kalau dahulu aktivis pelajar diheret ke lokap kerana melawan kleptokrasi, kini mereka melawan hipokrasi, di bawah kerajaan yang pernah mereka dukung. Janji untuk hapuskan PTPTN semakin lusuh, malah PMX arahkan supaya pihak PTPTN tingkatkan penambahbaikan untuk peminjam bayar hutang.
6. Anehnya, bila rakyat mula turun ke jalan, ada pula yang menuduh ini agenda jahat, digerakkan oleh puak kecewa, anti PMX dan Kerajaan Perpaduan. Ironinya, suara kecewa inilah yang dahulu sama-sama mengundi pakatan pemerintah. Cuma kini, harapan itu sudah mati, dikambus dengan retorik dan sandiwara.
7. Himpunan 26 Julai bukan sekadar simbol tetapi ia adalah satu ‘batu tanda’ bahawa rakyat sudah tidak mahu bersabar dengan kerajaan yang gagal. Tanda bahawa rakyat sudah tidak rela menjadi benteng kepada pemimpin ‘cakap tak seruppa bikin’. Tanda bahawa “enough is enough.”
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan