PEMUDA PAS JOHOR : TERUS MARA KEHADAPAN
Alhamdulillah, tahniah kepada kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Pemilihan kali ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila kesemua jawatan telah dipilih tanpa bertanding. Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, AJK, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan dua orang Pemeriksa Kira-Kira telah MENANG tanpa Bertanding.
Sejak DPPNJ ditubuhkan pada tahun 1971, jawatan Ketua Pemuda kesemuanya telah menang tanpa bertanding kecuali pada tahun 2009. Pada ketika itu, saya selaku penyandang jawatan telah dicabar oleh Suhaizan Kaiat.
Semoga terus mara kehadapan Pemuda PAS Johor!
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan