SETELAH 14 TAHUN MENINGGALKAN PEMUDA PAS JOHOR


SETELAH 14 TAHUN MENINGGALKAN PEMUDA PAS JOHOR

Serius, saya rasa sudah semakin jauh dari Pemuda PAS Johor akibat faktor usia dan faktor kurang aktiviti bersama mereka.

Khidmat saya dengan DPPNJ berakhir pada tahun 2011 pada usia 38 tahun sebagai Ketua DPPNJ setelah memegang jawatan tersebut selama 6 tahun dan Setiausaha DPPNJ selama 4 tahun sebelum dari itu.

Perwakilan Pemuda di peringkat kawasan ramai yang berusia seperti sebaya anak saya. Bermakna, sewaktu saya memimpin DPPNJ, mereka masih berada di kampus dan ada yang masih di bangku sekolah lagi.

Apapun, mereka adalah bakal pewaris kepimpinan PAS Johor pada masa akan datang. Perlu digilap dan dibimbing dengan sebaiknya.

Itu tugas kita wahai Ahmad Nawfal Mahfodz dan Azlan Hj Alias; kerana kita sudah berada dalam kelab yang sama iaitu Kelab Alumni DPPNJ

KFAK

Ulasan