BENTANG KERTAS KERJA DI KONVENSYEN SETIAUSAHA PAS NEGERI SELANGOR


BENTANG KERTAS KERJA DI KONVENSYEN SETIAUSAHA PAS NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah, petang tadi saya dijemput untuk bentang kertas kerja di Konvensyen Setiausaha PAS Negeri Selangor. Sebenarnya, kertas kerja ini dah pernah saya bentangkan awal tahun lepas, tapi memandangkan sesi baru dah bermula, tindakan pantas Jabatan Setiausaha PAS Negeri Selangor memang tepat untuk mantapkan lagi pentadbiran PAS di sini.

Masa sesi tadi, saya sempat tanya, rupanya hampir 50% Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS kawasan adalah muka baru iaitu pertama kali pegang jawatan pentadbiran ini.

Seperti yang saya kongsikan di Kluang dan Segamat pada minggu lepas, kali ni saya tekankan lagi betapa pentingnya komunikasi yang berkesan dalam urus tadbir organisasi.

Harapnya perkongsian tadi dapat memberi manfaat dan sedikit sebanyak membantu naikkan mutu pengurusan PAS di Selangor.

KFAK

Ulasan