KES 'BULI' MEREBAK KEPADA PEMASANG BENDERA TERBALIK


KES 'BULI' MEREBAK KEPADA PEMASANG BENDERA TERBALIK

1. Sedang hangat kita berdepan dengan kes buli di sekolah tiba-tiba dua Menteri dari Kerajaan Pepaduan minta jangan sampai membuli mereka yang telah membuat salah kerana salah memasang Jalur Gemilang sehingga terbalik.

2. Mereka bersetuju supaya pelaku mestilah diambil tindakan yang sewajarnya tapi jangan sampai bersikap membuli.

3. Di mana yang nak dikatakan membuli itu saya tidak tahu sebab tafsiran membuli itu adalah perbuatan mengasari atau mendera orang yang lemah.

4. Jika nak dikatakan 'menangguk di air keruh' dalam insiden pasang bendera terbalik ini maka tindakan pihak-pihak yang membangkitkan isu ini sebenarnya adalah salah satu bentuk pengajaran dan ingatan supaya jangan ulangi kejadian pasang Jalur Gemilang pada posisi yang salah.

5. Maka tak perlulah nak guna istilah 'buli' kerana ia tidak kena pada tempatnya.

KFAK

Ulasan