MASA KRITIKAL : TUMPUAN KE ACARA PERASMIAN MUKTAMAR



MASA KRITIKAL : TUMPUAN KE ACARA PERASMIAN MUKTAMAR

Sebulan terakhir ini memang masa terlalu padat, setiap minggu perlu berada di Alor Setar untuk urusan muktamar. Biasanya inilah masa paling kritikal dalam majlis besar seperti muktamar PAS Pusat.

Sebulan terakhir adalah masa paling sesuai untuk fokus pada acara perasmian. Bagi mereka yang biasa ditugaskan dalam acara penting ini, tahulah betapa tumpuan perlu beri 100%. Sasarannya adalah SIFAR kesilapan, satu silap @ failure bermakna GAGAL.

Jangan salah anggap, semua persiapan untuk muktamar adalah penting, semua kena diteliti tetapi acara perasmian - semua mata memandang dan memerhati.

Apapun, sekejap lagi sampai ke KTM Kuala Lumpur. Semoga Allah berikan saya dan teman-teman keluaran untuk meneruskan hidup kita sebagai hambaNya.

Maklumat Muktamar :
1. Muktamar DPPP : 11-12 Sept - Kompleks PAS Kedah
2. Muktamar DMPP : 13-14 Sept - Kompleks PAS Kedah
3. Muktamar DUPP : 13 Sept - Darul Hadis, Tok Keling, Alor Setar.
4. Konv DHPP : 13 Sept - Ghandi Hall, Sungai Petani
5. Konv Assabiqun : 13 Sept - SAIF, Guar Chempedak
6. Muktamar PAS Pusat : 15-16 Sept - Kompleks PAS Kedah

KFAK

Ulasan