NAMPAK MACAM ORANG SAKIT JIWA...
1. Maaflah, saya terpaksa mulakan tajuk dengan menulis "Nampak macam orang sakit jiwa" kepada Veteran DAP Negeri Sembilan kerana menggunakan tuala wanita di mulut sebagai tanda protes.
2. Walaupun tuala wanita yang digunakan ini bukan yang telah digunakan dan ianya bersih tetapi gelagat orang lama DAP ini sangat memalukan.
3. Hampir pasti mereka semuanya tahu bahawa tuala wanita ini digunakan oleh mereka yang datang bulan atau haid dan tempatnya sudah pastilah bukan dilekapkan pada mulut.
4. Kalau pun ada di antara mereka yang mungkin tidak tahu apakah yang mereka hendak lekat di mulut mereka, masih sempat untuk bertanya dengan orang lain, apakah sebenarnya pelekat istimewa ini.
5. Banyak lagi cara yang Veteran DAP boleh gunakan untuk tunjukkan rasa tidak puas hati dengan pemimpin mereka tapi maaf cakap, dengan menggunakan tuala wanita ini memang nampak macam golongan sakit jiwa sebab orang waras tak tergamak untuk bertindak seperti mereka.
6. Harap-harap berita ini hanya berlegar dalam negara sahaja, kalau sampai ke negara luar, malunya...
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan