RAJA MUDA PERLIS TURUN KE TASIK TIMAH TASOH







RAJA MUDA PERLIS TURUN KE TASIK TIMAH TASOH

Rezeki kami hari ini, dapat bertemu dengan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Santuari Ikan Air Tawar di Tasik Timah Tasoh (TTT) diPerlis.

Selepas saya memperkenalkan diri, Tuanku bertanya apakah program yang sedang berlangsung di TTT. Saya mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Khidmat Malaysia dan menjelaskan tujuan Khidmat Malaysia berada di TTT sejak semalam sehingga hari esok.

Tuanku mengucapkan terima kasih kerana memilih negeri Perlis sebagai destinasi himpunan Petugas Khidmat Malaysia pada kali ini dan mencadangkan untuk turut melawat ke beberapa destinasi sebelum pulang ke destinasi masing-masing nanti.

KFAK

Ulasan