WAH! HANIPA MAIDIN SOKONG KEMPEN MUDA TERHADAP ZAHID HAMIDI




WAH! HANIPA MAIDIN SOKONG KEMPEN MUDA TERHADAP ZAHID HAMIDI

1. Tiba-tiba Parti MUDA lancar kempen mendesak Jabatan Peguam Negara buka semula tuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kes Yayasan Akalbudi dek kerana DSZH diberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNAA) pada September 2023.

2. Ya, memang keputusan mahkamah sebelum ini masih menjadi tanda tanya besar dalam kalangan rakyat dan dengan desakan MUDA ini akan membuka satu lagi episod baharu dalam politik negara kita.

3. Sokongan terbuka bekas timbalan menteri undang-undang, Hanipa Maidin terhadap langkah MUDA memberi nafas baharu kepada perbahasan ini. Hanipa sokong tindakan MUDA dengan alasan ia adalah hak yang sah kerana undang-undang jelas menunjukkan kes prima facie terhadap Zahid pernah dibuktikan di mahkamah.

4. Dalam bahasa mudah, kes itu sudah cukup kuat untuk diteruskan sehingga Zahid sendiri diarahkan membela diri atas 47 pertuduhan. Maka, apabila tiba-tiba pendakwaan memohon DNAA, ia menimbulkan rasa pelik bukan sahaja di mata rakyat tetapi juga dalam komuniti undang-undang.

5. Namun seperti yang boleh dijangka, UMNO segera bangkit mempertahankan presidennya. Pemimpin-pemimpin Umno Johor menyifatkan kempen MUDA sebagai cubaan mencampuri urusan kehakiman, malah menuduh parti itu mengamalkan dwistandard kerana berdiam diri dalam kes yang melibatkan bekas Presiden mereka sendiri, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

6. Saya percaya ramai yang mahukan sangat kes ini dibicarakan semula. Pemimpin PH juga saya percaya mengambil sikap yang sama cuma bersuara dalam hati sahaja. Mana mungkin nak bercakap secara terbuka, nanti beri kesanlah kepada Kerajaan Perpaduan

7. Hakikatnya, selagi persoalan ini tidak dijawab dengan jelas, DNAA Zahid akan terus menjadi bayang-bayang panjang dalam politik dan sistem keadilan Malaysia.

KFAK

Ulasan