WATER RESCUE : BELAJAR UNTUK SELAMATKAN MANGSA LEMAS DI DALAM AIR







WATER RESCUE : BELAJAR UNTUK SELAMATKAN MANGSA LEMAS DI DALAM AIR

Alhamdulillah, untuk pertama kalinya dalam sejarah HEBAT, Khidmat Malaysia bawakan modul Water Rescue, bukan setakat main air ya tapi latihan serius untuk persiapan bila banjir melanda. Lokasi kali ni pula di Tasik Timah Tasoh, Perlis, jauh di utara semenanjung.

Apa yang peserta belajar? Apa yang peserta dapat? Ini yang mereka dapat...
Asas air, perkara asas yang perlu peserta tahu bagaimana nak berenang dalam arus deras, terapung macam pelampung secara berkumpulan dan cara pakai jaket keselamatan yang betul.
Teknik selamatkan mangsa, bukan terjun redah sahaja tapi kena pandai dekati mangsa tanpa kita pula nanti yang jadi mangsa.
Kendali bot & gear, bukan semudah yang dilihat, nampak senang tapi jika tidak mahir, bot akan ke kiri walaupun kita nak ke kanan.
Rawatan lepas selamatkan mangsa di daratan. Cara nak gunakan teknik CPR, rawat mangsa sejuk. Pendek kata, dari air sampai ke darat, semua perkara kena tahu dan mahir!

Simulasi semalam memang 'real' dengan siap ada “mangsa” jatuh dalam tasik. Tapi yang paling best, walaupun ramai peserta tak pernah terlibat operasi sebenar, semangat mereka 'tip-top'. Ada yang perlahan saja bawa bot sebab tak biasa sedangkan 'mangsa' di dalam tasik terpaksa menunggu lama untuk diselamatkan.

Pendek cerita, modul ni memang penting sebab operasi menyelamat air adalah antara tugas utama Khidmat Malaysia. Selepas ini kalau banjir datang, petugas kami sudah lebih yakin dan bersedia, insya Allah.

Tabik dan tahniah kepada semua, para jurulatih dan para peserta. Kepada para peserta, jangan persiakan ilmu dan pengalaman yang ditimba.

KFAK

Ulasan