APABILA DAP PUJI HAJIJI
1. Nampak semakin 'desperate' Ketua Menteri Sabah, Haji Hajiji. Menyedari pengaruh GRS perlu diperkukuhkan, maka kerjasama dengan PH diteruskan oleh GRS walaupun BN bukanlah sekutu mereka di sana sedangkan BN dan PH adalah komponen Kerajaan Perpaduan.
2. Jadi tidaklah pelik jika DAP puji langkah Hajiji untuk iktiraf UEC dan pelbagai janji bila beliau berhadapan dengan masyarakat Cina di Sabah.
3. Malah, bagi membuktikan bahawa ia bukannya spekulasi, MP Kota Kota Kinabalu merangkap Pengarah Dasar DAP telah serahkan klip video sepanjang 1.43 minit kepada Malaysiakini bagi meyakinkan bahawa benar-benar Hajiji menyampaikan ucapan tersebut.
4. Lagipun, mengikut laporan berita ini, DAP telahpun kerap bertemu Hajiji sejak dua tahun lalu untuk sampaikan hasrat masyarakat Cina di Sabah dan mengakui bahawa cadangan mereka telah diambil serius oleh KM Sabah ini.
5. Sebagai KM, sememangnya adalah tugasnya untuk membela nasib semua rakyat di Sabah tetapi jangan sampai dilihat ianya berlaku atas desakan dan kehendak pihak tertentu kerana kepentingan mereka.
6. Lebih penting, jangan gadai prinsip hanya kerana kelangsungan politik.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan