RINGKASAN KETERANGAN LAPAN SAKSI INKUES KEMATIAN ZARA QAIRINA
Berikut ringkasan ringkas dan mudah dibaca berdasarkan keterangan lapan saksi inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina:
SAKSI: Dr Jessie Hiu (Pakar Forensik)
- Tiada dadah ditemui, kecuali ubat Phenytoin (antisawan biasa bagi pesakit trauma otak).
- Selaput dara utuh, tiada kesan penderaan seksual.
- Tidak mungkin jatuh sendiri/tidak sengaja dari tingkat tiga berdasarkan pagar konkrit.
- Dakwaan dimasukkan ke mesin basuh adalah mustahil.
- Punca jatuh sama ada bunuh diri atau ada unsur lain, diserah kepada mahkamah.
SAKSI 2: Nurul Atiqah Mohd Noh (Jabatan Kimia)
- 21 beg barang kes termasuk kertas bertulisan tangan diperiksa.
- Tulisan pada helaian kertas memang milik Zara Qairina.
- Ada sebuah buku dengan dua tulisan tangan berbeza (Zara dan individu lain).
SAKSI 3: Dr Janefer Voo (Hospital HQE)
- Zara tiba 16 Julai, tidak sedarkan diri, cedera serius.
- Kecederaan: pendarahan & bengkak kepala, patah kaki kiri (terbuka), patah kaki kanan, patah tangan kiri, tulang belakang retak.
- Tiada kesan lebam atau tanda penderaan fizikal.
- Disyaki trauma impak tinggi.
SAKSI 4: Dr Pavankumar Balachandran (Neurosurgeri HQE)
- Punca kematian: kecederaan otak teruk + hypoxic-ischemic encephalopathy (kekurangan oksigen & darah ke otak).
- Imbasan CT: pendarahan teruk dalam otak, tanda kerosakan otak kritikal.
- Zara meninggal dunia pada 17 Julai, jam 1.07 tengah hari.
SAKSI 5: Inspektor Maidon Bernadus (Forensik)
- Jalankan simulasi jatuh guna patung 53kg.
- Zara kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga.
- Tugas kesan cap jari & kesan darah dibuat pegawai lain sebelum ini.
SAKSI 6: Linah Mansoding (Pengawal Asrama)
- Temui Zara terlentang di longkang, masih bernafas, kepala berdarah (3 pagi, 16 Julai).
- Ambil gambar sebelum hubungi ambulans.
- Tiada CCTV dan gril keselamatan di blok asrama.
- Telefon awam ditutup 48 jam selepas kejadian.
SAKSI 7: Dr Logaraj Ratha (Hospital HQE)
- Sahkan kematian Zara pada 17 Julai, maklumkan polis.
- Polis tidak keluarkan borang bedah siasat wajib (Pol.61).
- Jelaskan pentingnya bedah siasat, namun ibu Zara (Noraidah) menolak selepas diberi penerangan.
- Jenazah diserah kepada keluarga tanpa bedah siasat undang-undang.
SAKSI 8: Azhari Abd Sagap (Ketua Warden)
Isu diari & tulisan Zara:
- Diari bertulis Love and Peace diserah pada ibu, 15 helaian tulisan ditemui di rak terbuka kelas.
Pelajar A:
- Antara suspek buli, ambil cuti sakit panjang, kemudian pindah sekolah.
- Ada dilihat di lokasi Zara rebah, tidak tunjuk trauma.
Istilah “MA” (Mesyuarat Asrama):
- Bukan soal siasat individu, tapi perjumpaan ramai pelajar.
- Ada kes pelajar senior soal Zara tentang dakwaan mencuri.
Isu “Kak M”:
- Pelajar baik, bukan pembuli. Tuduhan netizen kejam kerana dia orang pertama jumpa Zara.
- Pernah marah Zara sebab ejek adiknya, guna kata-kata berbaur ugutan.
Buli & dakwaan sembunyi kebenaran:
- Tiada aduan buli diterima sebelum ini.
- Menafikan sekolah cuba lindungi pelaku.
- Tiada CCTV di asrama, jadi tuduhan potong rakaman adalah fitnah.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan