RON95 : RM1.99 SELITER HANYALAH BERSIFAT SEMENTARA


RON95 : RM1.99 SELITER HANYALAH BERSIFAT SEMENTARA

1. Sejak kerajaan tetapkan harga RON95 dihadkan pada RM2.08 seliter maksimum pada tahun 2019, kadar tersebut terus kekal sehingga kerajaan menetapkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter bermula Mac 2021. Harga ini kekal sehingga sekarang sebelum ianya akan diturunkan ke RM1.99 hujung bulan ini.

2. Menteri Kewangan II kata, kadar RM1.99 adalah harga subsidi yang telah dipersetujui dan akan dikekalkan buat masa ini. Niatnya untuk mengekalkannya buat sementara waktu. Beliau juga tidak boleh jamin harga ini akan kekal sepanjang masa kerana ia bergantung keadaan semasa.

3. Maknanya, apa yang kita boleh faham, RM 1.99 bukan kekal, kerajaan boleh naikkan bila keadaan memerlukan untuk dinaikkan.

4. Berbeza dengan penetapan kadar siling RON95 yang ditetapkan pada harga RM2.05, kadar tersebut tidak pernah naik melainkan pernah turun sehingga RM1.25 seliter ketika Covid19 mula melanda dahulu.

KFAK

Ulasan