UKHUWWAH FILLAH DALAM PERJUANGAN



UKHUWWAH FILLAH DALAM PERJUANGAN

1. Bila saya membaca 'posting' Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ini, teringat saya satu ketika dahulu, Dr Mahfodz pernah sebut di dalam mesyuarat PAS Negeri Johor supaya mencontohi Dewan Pemuda PAS Johor kerana apabila ada timbul isu, sama ada Ketua atau Jkuasa Hariannya akan menghubunginya ataupun akan datang bertandang untuk mendapatkan pencerahan apabila berlakunya sesuatu isu.

2. Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz menyarankan supaya mencontohi pendekatan Pemuda. Biasalah, kadang-kadang ianya berstatus andaian, 'hearsay' atau gosip liar yang tidak tepat maklumatnya.

3. Cabaran dalam berorganisasi khususnya dalam dunia serba pantas kesan dari kehebatan teknologi era globalisasi masa kini, walaupun pada satu sudut ia sangat membantu mempercepat dan memperkemas pengurusan organisasi namun pada satu sudut lain, jika tidak bertabayyun dalam menerima sesuatu maklumat boleh menyebabkan terjadinya prasangka yang buruk sesama sendiri.

4. Walau bagaimanapun, kunjungan DPPNJ seperti yang dimuatnaik ini tiada kaitan dengan apa yang saya tuliskan di atas. Cuma ianya mengingatkan saya kepada pesanan dan saranan yang pernah disebut oleh Dr Mahfodz sebelum ini.

5. Tahniah DPPNJ, pelapes kepimpinan masa hadapan PAS Johor.

KFAK

Ulasan