ULANG TAHUN KE-10 PAS UBAH HALUAN?
1. Walaupun pada hujung minggu depan Parti Amanah Negara (PAN) yang sebenarnya akan menyambut Ulang Tahun Ke-10 penubuhannya, namun tidak disangka ada juga yang ingin menulis tentang PAS yang dikatakan mengubah haluannya dalam tempoh tersebut.
2. Tak apalah, itu hak masing-masing untuk mencurahkan apa yang ada di dalam minda mereka. Mereka boleh menulis, kita juga mampu menulis walaupun PAS tidak sambut pun ulang tahun ini.
3. Tanpa ingin menyentuh apakah isi kandungan yang telah ditulis oleh sdr Zin Mahmud, ramai juga yang menjangkakan bahawa pengaruh PAS akan merosot apabila pasukan yang tewas dalam pemilihan PAS Pusat keluar Parti dan menubuhkan parti baru.
4. Malah ada yang menjangkakan bahawa PAS akan kehilangan negeri Kelantan semasa PRU tahun 2018, namun takdir Allah PAS berjaya menambahkan satu lagi negeri iaitu Terengganu ketika bersama Gagasan Sejahtera. Malah PAS terus memperkukuhkan kedudukan apabila berjaya menawan Kedah dan Perlis bersama Perikatan Nasional.
5. Walaupun PAS di peringkat negeri yang terjejas akibat kepimpinan semasa membuat keputusan meninggalkan perjuangan seperti yang berlaku di Johor namun semuanya telah berjaya diatasi malah PAS terus bergerak kehadapan.
6. Ahli PAS, dalam tempoh sembilan tahun, bermula Januari 2016 sehingga Disember 2024 telah bertambah seramai 278,851 orang. PAS tidak segan untuk mengisytiharkan jumlah ahli baharunya walaupun adakalanya jumlahnya rendah tetapi permohonan untuk sertai PAS terus meningkat, alhamdulillah.
7. Hakikatnya, tiada keperluan untuk PAS meraikan ulang tahun ke-10 seperti yang ditulis ini kerana PAS bukannya ditubuhkan pada tahun 2015, tetapi PAS adalah Parti yang telah wujud sejak tahun 1951 lagi dan akan meraikan Sambutan Jubli Intan (75 tahun) pada tahun hadapan, insya Allah.
"Kembali Kepada Penyelesaian Islam"
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan