DR MOHAMAD TASLIM BEKAS MURID CEMERLANG SDAR & MCKK
Salah satu faktor saya ada hubungan baik dengan arwah Dr Mat Taslim adalah kerana faktor Sekolah kami.
Arwah Dr Mat dahulunya pernah bersekolah di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di Tanjung Malim dan MCKK di Kuala Kangsar.
SDAR dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) adalah bersaudara manakala STAR dan MCKK adalah 'musuh' sepanjang zaman. Maka, perbualan kami akan berkisar tentang Sekolah walaupun jarak usia yang sangat jauh (24 tahun).
Arwah Dr Mat adalah pelajar terbaik dalam Peperiksaan LCE (SRP/PMR) 1966 dan Peperiksaan SC/OSC (SPM) 1968 di SDAR. Itu memang jadi kebanggaan arwah kerana menjadi murid terbaik keputusan akademik pada zamannya.
Dari SDAR, arwah berpindah ke MCKK. Arwah adalah pelajar terbaik untuk mata pelajaran Biologi dalam Peperiksaan HSC (STPM) tahun 1970 di MCKK.
Arwah Dr Mat terlibat dengan politik secara rasminya apabila menyertai PAS pada tahun 1999. Dikurniakan kemenangan sebagai ADUN Maharani selama dua penggal (2008-2013, 2013-2018) mewakili PAS dan telah membuktikan kemampuannya sebagai wakil rakyat yang disenangi dan disayangi rakyat.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan