Entah kenapa, kehadiran Presiden Amerika ke Malaysia nampaknya diraikan dengan begitu berlebihan. Dari gaya sambutan seolah-olah pemimpin dunia itu datang membawa rahmat besar kepada rakyat Malaysia padahal, siapa yang untung sebenarnya?
PMX dilihat begitu seronok hingga beberapa kali menari di hadapan kamera, seakan lupa matlamat asal. Rakyat terpinga-pinga, adakah ini imej seorang Perdana Menteri sebuah negara Islam yang sedang berdepan pelbagai tekanan ekonomi dan sosial?
Lebih menyedihkan, ketika isu kedaulatan negara dan kepentingan ekonomi rakyat menjadi tanda tanya, pemimpin utama masih sibuk berdrama di pentas antarabangsa.
Maka, tidak hairanlah apabila ada Ahli Parlimen sendiri, termasuk dari Pasir Gudang (PKR), terpaksa bersuara di Parlimen, satu isyarat bahawa keadaan negara bukan lagi boleh ditutup dengan tarian dan senyuman politik.
PMX, cukup-cukuplah bermain persepsi. Rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang kian menghimpit, ekonomi makin lemah dan keyakinan pelabur terus menurun.
Malaysia tidak perlukan pemimpin yang galak menari di depan kuasa asing, kita perlukan pemimpin yang berani mempertahan maruah bangsa dan kedaulatan negara.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan