PAN BEREBUT KERUSI DI JOHOR : PAS DAN BERSATU YANG DIKATA BERMASALAH
1. Hubungan 'retak menanti belah' antara parti dalam BN dan PH di Johor khususnya melibatkan UMNO dan PAN sudah menjadi pengetahuan umum.
2. Hakikatnya, hasrat PH untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan di Johor masih belum kesampaian kerana sehingga ke hari ini kerana PH masih kekal berstatus Pengimbang/Pembangkang.
3. PRK DUN Mahkota yang berlaku tahun lalu jelas kita dapat lihat kehendak PAN untuk bertanding di kerusi tersebut sehingga berlakunya perdebatan hangat dalam media namun akhirnya mereka terpaksa akur dengan keputusan bahawa UMNO akan bertanding di kerusi itu.
4. Cabar-mencabar antara PH dan BN khususnya melibatkan PAN dan UMNO berterusan sehingga kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi PAN Johor mendesak UMNO/BN supaya menyatakan pendirian sama ada mahu bertanding dua penjuru atau tiga penjuru.
5. Paling akhir, pertengahan bulan ini, Timbalan Pengerusi PAN Johor sebut bahawa PAN akan bertanding solo di Johor sebagai melambangkan rasa marah mereka kepada UMNO (Saya lampirkan sebahagian dari berita berkaitan untuk rujukan).
6. Tiba-tiba PAS dan BERSATU dikatakan sedang berebut pengaruh di Johor. Dapat alamat dalam mimpi agaknya.
7. PAN kena selesaikan dahulu masalah dalaman mereka bersama UMNO di Johor melainkan memang sudah tiada jalan nak selesaikan masalah.
KFAK








Ulasan
Catat Ulasan