ISU PEMALSUAN DOKUMEN : MENTERI SEPATUTNYA BERI RESPON KEPADA KENYATAAN FIFA, BUKANNYA TERUS BERDIAM DIRI
ISU PEMALSUAN DOKUMEN : MENTERI SEPATUTNYA BERI RESPON KEPADA KENYATAAN FIFA, BUKANNYA TERUS BERDIAM DIRI
Sebelum ini, Menteri KDN telahpun memberikan penjelasannya berkaitan isu pemberian kerakyatan kepada pemain natrulisasi Malaysia yang terpalit dengan isu pemalsuan dokumen yang diserahkan.
Menteri KDN dengan tegas berkata bahawa semua keputusan berkaitan pemberian kewarganegaraan dibuat secara sah dan teliti mengikut Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan, melalui proses berlapis yang melibatkan semakan dokumen, temu bual, biometrik dan verifikasi menyeluruh.
Bermakna, semuanya telah disemak dengan ketat supaya tidak berlaku isu dokumen palsu seperti yang telah didedahkan oleh FIFA. Menteri KDN sebelum ini telah jelaskan bahawa pemohon mesti berada secara sah di Malaysia dan bukan sekadar mengemukakan permohonan dari luar negara, dengan setiap urusan kewarganegaraan mengambil kira aspek perundangan, keselamatan dan integriti negara.
Apabila FIFA membuktikan bahawa dokumen pemain-pemain ini telah dipalsukan, sepatutnya Menteri Dalam Negeri perlu memberikan respon balas bahawa pihak KDN telah membuat semakan bahawa dokumen tersebut adalah sah dan bukannya palsu.
Jika Menteri Dalam Negeri berdiam diri, dunia akan melihat ianya adalah benar, dokumen telah dipalsukan
Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab, jangan terus berdiam diri.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan