ISU SURAT SOKONGAN, TEGURAN SAHAJA, CUKUPKAH?


ISU SURAT SOKONGAN, TEGURAN SAHAJA, CUKUPKAH?

Isu surat sokongan kontraktor hospital yang dikeluarkan oleh setiausaha politik Perdana Menteri terus menimbulkan tanda tanya besar.

Ya, PMX kata beliau sudah “tegur keras”. Tetapi persoalannya: adakah teguran saja memadai untuk isu yang menyentuh integriti, kuasa, dan proses perolehan kerajaan?

Ini bukan surat sembarangan kerana ia melibatkan:
projek hospital,
senarai 6 kontraktor,
dan dakwaan bahawa 4 daripada mereka tidak layak atau tiada rekod CIDB.

Lebih berat lagi, surat itu datang daripada setiausaha politik Perdana Menteri, orang paling dekat dengan kuasa seorang Perdana Menteri.

Bila melibatkan pegawai kanan politik, isu ini bukan soal teknikal. Ini adalah soal, integriti, ketelusan, konsistensi janji reformasi dan persepsi rakyat terhadap Kerajaan Madani yang semakin 'dicapati'.

Kalau penjawat awam boleh disiasat atau ditukar kerana surat sokongan, kenapa pegawai politik hanya diberi teguran?

Di sinilah rakyat melihat jurang antara retorik dan realiti. Sepatutnya:
Siasatan dalaman dijalankan, bukan sekadar tegur.
SOP jelas untuk setiausaha politik dikeluarkan.
Audit semua surat sokongan, kalau ada satu, mungkin ada lagi. Itu tidak mustahil.
Jika ada unsur salah guna kuasa, rujuk SPRM.

Kerajaan Madani terus bermain dengan slogan yang kononnya untuk membuat perubahan tapi nampaknya masih kekal dengan 'style' pemerintahan yang lama.

Reformasi yang sebenar perlu berani menyentuh sesiapa sahaja termasuk orang yang paling dekat dengan Perdana Menteri.

KFAK

Ulasan