KENYATAAN MEDIA RASMI KHIDMAT MALAYSIA NEGERI JOHOR 3 NOVEMBER 2025 (ISNIN)



KENYATAAN MEDIA RASMI
KHIDMAT MALAYSIA NEGERI JOHOR
3 NOVEMBER 2025 (ISNIN)
GEMPA BUMI LEMAH DI JEMENTAH, SEGAMAT – KHIDMAT MALAYSIA JOHOR SERU MASYARAKAT TERUS BERWASPADA

Khidmat Malaysia Negeri Johor mengambil maklum kejadian gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di Jementah, Segamat pada jam 7.55 malam, Isnin (3 November 2025) dengan magnitud 2.7 pada skala Richter dan kedalaman 10 kilometer seperti dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Walaupun gegaran ini tidak menyebabkan kerosakan atau kehilangan nyawa, Khidmat Malaysia menyeru semua pihak agar tidak panik tetapi kekal berwaspada khususnya di kawasan berhampiran pusat gegaran.

Gegaran kali ini berlaku setelah dua bulan yang lalu berlaku gegaran terakhir pada 30 Ogos yang lalu pada skala yang sama.

Insiden ini mengingatkan kita bahawa negeri Johor juga perlu terus bersiap siaga menghadapi risiko bencana geologi berskala kecil.

Khidmat Malaysia Johor menyarankan supaya seluruh rakyat Johor untuk meningkatkan kewaspadaan khususnya penduduk yang terlibat di kawasan gegaran.

Sama-sama kita berdoa agar Allah menjauhkan negeri Johor dan seluruh negara dari bencana yang tentunya memberikan kesan besar kepada kita semua.

“Berkhidmat untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”

Dikeluarkan oleh:
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, KMN
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Johor
3 November 2025

Ulasan