PERBEZAAN DI ANTARA PERKATAAN 'TENTATIF' DAN 'ATUR CARA'
1. SEPULUH TAHUN yang lalu, saya ada menulis tentang kesilapan yang biasa dilakukan untuk membezakan antara TENTATIF dan ATUR CARA.
2. Saya melihat masih ramai yang keliru apabila sering menggunakan perkataan "TENTATIF" sebagai ejaan bagi menggantikan "ATUR CARA" semasa menulis jadual sesuatu program atau majlis. Mungkin juga kerana perkataan 'Tentatif' nampak lebih 'moden' dan menarik.
3. Saya kemaskini dengan sedikit penambahan untuk memberikan kefahaman lebih lanjut kepada semua.
4. Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini membawa makna yang berbeza ;
📝 TENTATIF - Sesuatu jadual acara yang belum muktamad atau masih boleh berubah.
📝 ATUR CARA - Jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan dalam sesuatu majlis.
5. Memang ramai yang tersilap menggunakan perkataan “tentatif” sebagai Kata Nama, sedangkan ia sebenarnya ialah Kata Adjektif yang menerangkan sesuatu yang belum dimuktamadkan.
6. Justeru apabila kita ingin menulis di dalam buku atau risalah majlis maka perkataan yang paling tepat adalah ATUR CARA.
ATUR CARA juga dijarakkan kerana kedua-duanya membawa makna tersendiri.
➡️ Contoh penggunaan yang betul:
Program Tentatif (Tentative Programme) ✅
Atur Cara Tentatif (Tentative Itinerary) ✅
➡️ Apabila sudah disahkan
ATUR CARA sahaja, tanpa perkataan tentatif.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
3 November 2025
#Rujukan - Kamus Dewan Edisi Keempat.
#PerkongsianBermanfaat
#sharingiscaring
#sharingknowledge

Ulasan
Catat Ulasan