DAP BERI KATA DUA PADA PMX
1. Bagi yang memahami apa yang hendak disampaikan oleh SUA DAP, ia adalah isyarat kepada PMX supaya tunaikan apa yang telah dijanjikan selama ini.
2. Apakah janji reformasi yang DAP tuntut untuk disegerakan? Sudah tentu ianya adalah kaitan dengan sebab² kekalahan DAP secara total di PRN Sabah.
3. Jika sebelum ini tekanan terhadap PMX datangnya dari luar, kini ianya datang dari sekutu kuatnya iaitu DAP. Kata dua DAP bukan main² kerana DAP ada jumpa kerusi Parlimen yang mampu mengoyahkan Kerajaan Madani.
4. Kenyataan terbaru SUA DAP hanyalah permukaan kepada masalah yang lebih besar: Reformasi tidak berjalan seperti yang dijanjikan.
5.DAP tidak lagi mahu menunggu. DAP tidak mahu reputasi parti tenggelam bersama kegagalan dasar Madani. DAP tahu, dengan kerusi yang mereka ada, kata dua mereka mampu menggegarkan Putrajaya.
6. Jika PMX tidak bergerak segera, tekanan dari sekutu sendiri boleh bertukar menjadi tsunami politik dalaman yang meruntuhkan Kerajaan Madani.
7. Apa yang pasti, PMX kini sedang menghadapi tekanan yang hebat dari segenap penjuru sedangkan masa semakin singkat dan menggugat.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan