DAP TAK BERMUKA-MUKA - TOK MAT HASSAN


DAP TAK BERMUKA-MUKA - TOK MAT HASSAN

1. Jujur saya katakan, sewaktu membaca berita ini dulu, saya akan menanti satu masa nanti saya akan memberikan respon terhadap apa yang Tok Mat Hassan sebutkan ini.

2. Saya yakin, masanya akan tiba untuk saya nyatakan bahawa satu masa nanti Tok Mat Kassan akan sedar bahawa semua yang dia katakan itu hanya sementara sahaja.

3. Kononnya, Tok Mat Hassan memang kenal pendirian DAP dan DAP kenal pendirian UMNO. DAP tidak bermuka-muka dan berpura-pura setia kawan.

4. Pujian Tok Mat Hassan terlalu melangit sehinggaa Tok Mat Hasan lupa hubungan sebelumnya khususnya bersama PAS bila kononnya DAP tidak bermuka-muka.

5. Hari ini, pimpinan-pimpinan UMNO dari peringkat Pusat sampailah ke peringkat Bahagian, Cawangan malah ahli biasa pun mengecam DAP kerana sikap pimpinan DAP terhadap rayuan kes DSNR.

6. Maka saya teringin sangat nak dengar apa respon terkini Tok Mat Hassan terhadap kenyataannya ini, masih kekal dengan pendiriannya dahulu ataupun sudah insaf?

KFAK

Ulasan