HANTARAN YB YEO BEE YIN GEGARKAN PIMPINAN UMNO


HANTARAN YB YEO BEE YIN GEGARKAN PIMPINAN UMNO

Sehingga saat saya menulis ini, YB Yeo Bee Yin, Ahli Parimen Puchong dari DAP masih lagi mengekalkan hantaran yang dimuatnaiknya ini.

Walaupun telah dapat reaksi balas Presiden Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DR ASYRAF WAJDI DUSUKI dan Ketua Pemuda UMNO namun YB Yeo masih konsisten dengan hantarannya.

Reaksi YB Dr Akmal Saleh lebih keras, menggesa supaya UMNO/BN tarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan di atas hantaran ini.

Banyak lagi hantaran warga UMNO yang mengecam YB Yeo tapi saya fikir, UMNO masih belum cukup berani untuk bertindak lebih tegas terhadap pemimpin DAP ini.

Keluar dari Kerajaan Perpaduan seperti gesaan Dr Akmal? Jauh sekali, malah saya percaya UMNO akan teruskan hubungan dengan DAP di atas nama BN-PH seperti yang telah dinyatakan oleh Presiden baru-baru ini.

Solidariti pimpinan UMNO terhadap DSNR sedang diuji dengan kedudukan mereka dalam kerajaan bersama DAP.

KFAK

Ulasan