MAKAN TENGAHARI BERSAMA DR SHAWN LOH


MAKAN TENGAHARI BERSAMA DR SHAWN LOH

Seperti yang dipersetujui, tengahari ini saya keluar makan bersama Shawn Loh dan isterinya. Ini kali kedua kami ke Restoran Gerak23, kedai makan masakan melayu yang banyak pilihan lauk dan sayur yang terletak di Kampung Bharu, KL.

Topik perbincangan adalah tentang pendekatan PAS bersama masyarakat bukan Melayu di Malaysia. Begitu juga dengan kenyataan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong yang sedang hangat diperbincangkan. Kebetulan Dr Shawn juga adalah bekas ahli MCA satu ketika dahulu.

Usaha Dr Shawn untuk memperbetulkan persepsi rakyat terhadap PAS adalah sangat dihargai. Itulah yang dilakukan oleh pimpinan dan anggota DHPP, peranan mereka telah membantu memahamkan perjuangan PAS kepada masyarakat bukan Melayu/Islam.

KFAK

Ulasan