MCA : KAWAN PUN SUSAH, TAK KAWAN PUN SUSAH
MCA sekarang ibarat orang yang masuk sekolah lama untuk reunion, semua orang ada geng, tinggal dia seorang berdiri tepi meja kuih. Nak tegur orang pun takut tak disahut.
Hakikatnya, lambat-laun MCA kena buat keputusan juga: nak duduk dengan siapa? Sebab kalau jalan solo, silap-silap bukan setakat “pergi jauh” tetapi “hilang terus dari radar”.
Masalah besar MCA cuma ego, 70 tahun punya ego. Tapi dalam politik Malaysia, ego pun cair bila kerusi tinggal satu. Kalah dua PRU berturut-turut boleh buat mana-mana parti insaf.
Sebenarnya, isu MCA ni bukan sebab PAS, bukan PN, bukan sesiapa. Masalah paling besar, ahli sendiri ramai yang angkat kaki.
Bila ahli mula hilang kepercayaan, itu tandanya parti ada masalah dalaman yang tak selesai.
Orang MCA keluar bukan sebab takut PAS.
Mereka keluar sebab dah tak nampak apa lagi MCA perjuangkan. Dulu ada pengaruh, ada arah, ada suara. Sekarang makin kecil, makin senyap, makin hilang, itu realiti yang ahli sendiri rasa.
Jadi sebelum nak kritik PAS, elok MCA muhasabah diri dulu. Tanya soalan jujur:
- Apa yang MCA tawarkan kepada orang Cina hari ini?
- Kenapa undi hampir 90% pergi ke DAP?
- Kenapa generasi muda Cina langsung tak pandang MCA?
- Kenapa dalam BN pun MCA sekadar jadi penumpang?
Semua ini bukan salah PAS. Ini masalah MCA yang perlu MCA selesaikan.
Tentang PN, itu terpulanglah. Tak ada siapa paksa MCA join PN. PN pun tak buka karpet merah menunggu. Cuma satu hari nanti, bila arus politik bergerak laju, kalau MCA masih teragak-agak, parti itu akan makin jauh ditinggalkan.
Pendek kata, sebelum tunjuk jari keluar, baik betulkan dulu apa yang tak kena di dalam parti.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan