ROMBAKAN KABINET 'BENDERA PUTIH' - IBRAHIM ALI
Komentar Dato' Ibrahim Ali ini sebenarnya sangat tepat terhadap Kerajaan Madani, akhirnya ada yang berani menterjemahkan apa yang orang ramai lihat tetapi pura-pura tidak faham.
Rombakan kabinet ini jelas satu latihan damage control, bukan pembaharuan. Apa yang dipanggil “penyusunan semula” itu rupanya penyusunan supaya semua pihak yang kuat tekanan terus selesa, manakala yang tidak menjerit dikorbankan dengan penuh adab.
Menariknya, ugutan politik kini nampaknya lebih berkesan daripada KPI. Tidak perlu prestasi, tidak perlu hasil, cukup naikkan nada suara, maka kementerian pun boleh berpindah tangan. Ini benar-benar inovasi dalam demokrasi: siapa paling lantang, dia paling layak.
Lebih mengagumkan ialah sikap UMNO, parti yang mendakwa pejuang maruah bangsa. Mereka memilih strategi paling selamat dalam politik moden: diam, tunduk dan berharap rakyat keliru. Barangkali mereka percaya maruah boleh disimpan dalam laci kabinet sementara jawatan disimpan kemas di poket sendiri.
Komentar ini bukan ekstrem, cuma jujur. Ia mengingatkan bahawa apabila kepimpinan terlalu sibuk menjaga kestabilan kerusi, negara akhirnya ditadbir dengan rasa takut. Kerajaan yang memerintah kerana takut biasanya akan terus membuat keputusan yang menakutkan rakyat.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan