SOKONGAN TERHADAP ULASAN DR BALA




SOKONGAN TERHADAP ULASAN DR BALA

Pandangan Dr Bala memang tepat, cerita “orang Cina susah terima PAS” ini sebenarnya cerita lama yang masih diulang, walaupun realiti di lapangan dah berubah banyak.

Hari ini, ramai pengundi Cina tak lagi terikat dengan label atau persepsi lama. Mereka tengok fakta: siapa urus tadbir dengan baik, siapa amanah, siapa jaga ekonomi, siapa betul-betul kerja untuk rakyat. Sebab itu dalam PRU15 dan PRN baru-baru ini, undi bukan Islam kepada PAS dan PN meningkat di kawasan campuran. Ini bukan cerita dongeng, ini data.

Selama ini pun, banyak persepsi terhadap PAS dibentuk oleh naratif politik tertentu dan MCA sendiri tak pernah betul-betul tampil menjelaskan perkara sebenar. Jadinya, ramai hanya dengar cerita, bukan lihat realiti.

Sedangkan rakyat bukan Islam yang hidup di Kelantan, Terengganu, Kedah atau Perlis tahu keadaan sebenar:
• rumah ibadat tak pernah ditutup,
• bantuan diberi pada semua kaum,
• sekolah vernakular terus wujud,
• komuniti minoriti dihormati,
• pentadbiran negeri bersih tanpa skandal besar.

Itu fakta di lapangan.

Tambahan pula, tak ada parti lain berasaskan Islam yang beri ruang rasmi kepada bukan Islam sebagaimana DHPP dalam PAS. Cina, India, Siam, Sikh; semuanya ada platform sendiri untuk bersuara. Ini bukan kosmetik, ini struktur sebenar dalam parti.

Kesimpulannya, Dr Bala betul: Masyarakat Cina sebenarnya makin terbuka. Yang penting bagi mereka ialah prestasi, integriti dan keadilan; dan rekod PAS makin ramai nampak serta semakin dihargai.

Naratif lama? Sudah tidak relevan. Yang penting sekarang ialah realiti semasa dan siapa yang benar-benar buat kerja.

Ya, PAS tidak sempurna, masih ada kelemahan, masih ada yang kurang. Apa yang penting, PAS akan terus berusaha tanpa berundur ke belakang untuk menjadi parti untuk semua; PAS FOR ALL.

KFAK

Ulasan