UMNO MULA JARAKKAN HUBUNGAN DENGAN DAP?



UMNO MULA JARAKKAN HUBUNGAN DENGAN DAP?

Sebelum ini, DAP ditatang, dipuji dan didokong tapi hari ini Presiden UMNO kata mereka tak ada hubungan langsung dengan DAP, yang ada hanya hubungan BN-PH.

Bila UMNO nampak bahawa sukar untuk tarik pengundi kaum Cina melalui MCA maka DAP adalah galang gantinya, pengundi kaum Cina 'solid' bersama DAP.

UMNO mungkin dapat rasa, tanpa MCA pun mereka boleh 'survive' dalam politik Malaysia. MCA kalau 'ugut' UMNO pun tak beri apa-apa kesan kepada UMNO/BN sebab mereka sudah ada sekutu yang sudah berani laungkan UMDAP MANTAP.

Namun, semua tahu bahawa PRN Sabah telah jadi bukti bahawa kaum Cina pun sudah mula hilang percaya dengan DAP sehingga pengundi memberikan hadiah kosong kerusi kepada DAP.

Nada suara Presiden UMNO nampak dah berlainan sedikit, sudah mula fikirkan apa kesannya jika MCA lari tinggalkan BN, maka "apa yang dikejar tak dapat, apa yang dikendong keciciran".

Maka tidaklah jika UMNO mahu jarakkan hubungan mereka dengan DAP, silap-silap mereka akan minta pemimpin DAP jangan lagi laungkan UMDAP MANtap dengan alasan bahawa mereka tak pernah merestuinya...

KFAK

Ulasan