ADAKAH PAN BERGANTUNG KEPADA UNDI KAUM BUKAN MELAYU UNTUK MENANG?
1. Semalam saya dah baca laporan berita ini tapi belum berkesempatan untuk membuat apa-apa ulasan. Lebih-lebih lagi, ia melibatkan cabar-mencabar antara UMNO dan PAN berkaitan dengan POSTER BOY.
2. Kalau baca dalam FB Dr Akmal Saleh memang teruk kena kecam kenyataan anak muda PAN ni, tapi saya tak berminat nak ulas kecaman-kecaman yang bertubi-tubi di situ.
3. Cuma yang saya komen dalam laporan berita ini, pemimpin muda PAN ini minta diletak Dato' Onn Hafiz dan Datuk Dr Akmal sebagai poster boy dan letakkan poster-poster ini boleh diletakkan khususnya di kerusi-kerusi campuran dan majoriti bukan Melayu seperti kawasan Yong Peng dan Pekan Nanas.
4. Saya nak fokus kepada MB Johor sahaja memandangkan Dr Akmal ADUN Melaka, dia tidak terkait dengan pengundi di Johor.
5. Cabaran pimpinan muda PAN ini nampak sangat kecenderungannya kepada pengundi bukan Melayu. Bila nak cabar, kena kaitkan dengan kerusi campuran, kerusi yang pengundi Melayu bukan majoriti. Adakah PAN memang lebih cenderung untuk menang dengan undi bukan Melayu?
6. Walaupun apa yang dilaporkan dalam berita ini tidaklah dinyatakan berkaitan dengan kebergantungan PAN kepada pengundi bukan Melayu untuk memang tapi secara tersiratnya, itulah yang dapat difahami.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan