KONFLIK DAN KRISIS ADALAH LUMRAH


KONFLIK DAN KRISIS ADALAH LUMRAH

Konflik dalam organisasi itu lumrah. Apa yang pelik bukan konflik tetapi organisasi yang kononnya tiada konflik langsung.

Konflik biasanya muncul bila organisasi bergerak, berkembang dan dihuni oleh manusia yang berbeza latar belakang, cara fikir dan pendekatan. Ia bukan tanda kelemahan, apa yang jadi masalah ialah bila konflik dibiarkan tanpa hikmah sehingga akhirnya bertukar menjadi krisis dan perpecahan.

Perlu difahami:
Konflik itu normal
Krisis berlaku bila konflik gagal ditangani

Tidak semua konflik itu buruk. Konflik yang diurus dengan baik boleh:

membuka ruang idea baharu
menguatkan kerjasama
mematangkan kepimpinan
memperkukuh organisasi

Kuncinya ialah keterbukaan, tolak ansur, kesabaran dan ilmu mengurus konflik.
Konflik kecil yang diabaikan boleh menghancurkan organisasi.
Konflik besar yang diurus dengan hikmah boleh melahirkan organisasi yang lebih kuat.

Itulah seni berorganisasi. Sentiasa berfikiran positif bahawa ada sinar di hujung terowong, insya Allah.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
5 Januari 2026
Ringkasan dari sumber asal;
https://www.khairulfaizi.com.my/.../bahagian-kelima...

Ulasan