KONSISTEN DENGAN PENYATUAN UMMAH
Agenda penyatuan ummah terus konsisten diperjuangkan oleh Presiden dan kepimpinan PAS. Walaupun ada ketikanya usaha ini berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan namun usaha murni tersebut tetap diteruskan.
Saya masih ingat lagi, sewaktu PAS mencadangkan supaya MN menerima parti BERSATU sebahagian daripada MN dan keputusan yang dicapai bersama iaitu menjemput BERSATU untuk sertai MN, ianya adalah kerana usaha untuk penyatuan ummah.
Ya, pokok pangkalnya adalah usaha untuk menyatukan kaum Melayu supaya berada dalam satu gabungan yang kuat. Tidak semestinya dalam gabungan yang mesti didaftarkan tetapi yang pentingnya adalah kekuatan Melayu perlu disatukan.
Apa yang diusahakan oleh Pemuda UMNO adalah usaha yang sama pernah PAS lakukan ketika menghulurkan tangan kepada UMNO yang pernah hampir lemas ketika tewas dalam PRU14 (2018).
Semoga ada sinar di hujung terowong.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Kluang, Johor

Ulasan
Catat Ulasan